Friday, January 30, 2009

Pengakap Kelana Kini- Sebuah pandangan peribadi

Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai perbezaan Pengakap Kelana dulu dan juga Pengakap kini..

urmm... bg pendapat saya, pengakap kelana sekarang sudah tidak mahu lagi terlalu terikat dengan motto BERKHIDMAT itu kerana jika terlalu mengikut itu, kita akan trus menjadi pengakap orang kawin dan jenis2 perkhidmatan lain yang menggembirakan semua pihak lain...(cth; membantu hari sukan, sukarelawan program2 dan lain2)

Kebanyakan pengakap kelana skang adalah lepasan institusi pengajian tinggi dan sudah mempunyai pemikiran sendiri. Kami sudah mahu membuat aktiviti yang dapat menggembirakan hati kami sendiri..bukan mahu lupa undang2 pengakap tp kami tidak rase ade undang2 pengakap yg dilanggar jika kami merubah sedikit pemikiran kami. dan jika menjadi pengakap kelana ini tidak seronok,bagaimana orang muda akan terbuka hati untuk meyertai PENGAKAP-SEBUAH PERSATUAN SUKARELA. bukan?

Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang DC yg tidak pernah meghalang aktiviti2 kami ..dan amat memahami.. Love U Papa Bear...hik2..

Pengakap di peringkat atasan juga harus faham yg kami adalah remaja.. tidak kira mcm mane baik pun remaja ini ,kalo tidak kene gayanye..pasti akan memberontak.. sebab ape? sebab kami remaja biasa..

Ini adalah pendangan peribadi saya... sila comment.

6 comments:

Anonymous said...

"pengakap kelana sekarang sudah tidak mahu lagi terlalu terikat dengan motto BERKHIDMAT "

Jadi katakan bahwa kanak-2 tidak perlu 'buat sehabis baik'
Muda tidak perlu 'Selalu Bersedia'
Dan remaja pula tidak lagi 'Pandang Luas'

Izzat Zin said...

bukan itu maksud aku...
tolong lihat aku ade gunakan pandangan TERLALU....jadi...aku masih berpegang pada maotto berkhidmat...

cuma, boleh diperluaskan lagi pandangan KHIDMAT tu...

jgn sempitkan pemikran...bukak...

madniz said...

Salam pengakap,...syabas kerana berani menyuarakan pandangan peribadi. Memang menjadi ahli pengakap KELANA satu yang menyeronokan, tapi sebaiknya tidak lari daripada motto BERKHIDMAT kerana dikhuatiri akan menjadi satu kelab rekreasi yang bertujuan untuk keseronokan sahaja. KELANA dan kelab rekreasi adalah berbeza daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. TQ, sekadar pandangan peribadi juga.

Jepun said...

s-salam-
Saya bukan warga pendidik.Panggilan `akela`maseh saya terima sehingga kini menyebabkan pengakap sentiasa tersemat di hati.
Pengakap Kelana agak tinggi kedudukannya.Pesuruhjaya daerah`amat mengambil hati` kami kerana kamilah yg akan mengerakkan semua urusan dunia pengakap di daerah kami.Bila terbaca di blogg,kamu kena marah,amat muskil dihati kenapa jadi begitu.Adakah Kelana sudah berubah atau kamu tak tahu kedudukan kamu.
Pengakap Kelana membentuk kita menjadi pemimpin.Sebab itu setiap Pengakap Kelana perlu ada sebuah sekolah sekurang2nya utk BERKHIDMAT.Selain membantu guru sedia ada,kita bebas mencurah ilmu pada anak didik kita.Hasilnya dapat di lihat bila perhimpunan pengakap daerah atau lain2 perhimpunan.Di situ nanti kepuasan akan dirasai.Lantaran itu,persiapan diri adalah penting.
`Memberontak` kurang sesuai dalam berpengakap nie.Gunakan hubungan baik kamu dengan pesuruhjaya masing2 utk menyuarakan ketidakpuasan hati,tapi pastikan kamu ada penyelesaiannya.Tunjjukan pada semua bahawa kamu adalah remaja yg berhemah sejajar dengan pendidikan tinggi kamu.

-salam-

Anonymous said...

Terima Kasih kepada saudara Madniz dan saudara samad kerana sudi memberikan pandangan serta sedikit ilmu :)

Diharapkan agar Izzat mengerti erti kelana dan motto 'Berkhidmat' ini :)

Bear Rovers! said...

Yang menulis blog ini adalah saya, mohd izzat bin mohd zin.

terima kaih diatas pandangan saudara2..
saya suka atas pandangan constructive saudara...

Dan untuk pegetahuan semua..saya tidak pernah memberontak...hihih..tu sekadar perumpamaan dan tidak dapat cari perkataan yg similar dgn itu..

saya masih berkhidmat. saya masih menjaga bebrapa sekolah.saya masih mahu membantu remaja2 diluar sana walaupun sibuk dengan kerja2 lain. saya mmg faham dengan erti BERKHIDMAT.

apa yg dicoretkan adalah ape yg terlintas dikepala saya. lalalalala...