Thursday, April 23, 2009

Perhimpunan Raksaksa

Bukan raksaksa yang berkumpul,
Bukan juga ultraman yang datang jua.

TETAPI,
Perhimpuan besar untuk pengakap-pengakap seantero malaysia berkumpul dalam satu hari, dalam satu masa, dalam satu tempat dengan bermotifkan memperlihatkan kepekasaan pengakap di mata rakyat Malaysia.

Bertarikh : 25april 2009 (sabtu)
Bertempat : Stadium merdeka, Kuala Lumpur
Waktu ditetapkan : 10 Pagi.

Jangan lupa membawa bekalan, kertas, buku Fon, Kamera, dan lain-lain. Mudah-mudahan jumpa rakan-rakan yang kami sayangi.

Dan jangan risau. BEAR ROVER juga akan turut menghadirkan diri (Walaupun belum bagi nama lagi :P )

Mari Rakan-rakan pengakap sekalian. Tua Muda Hencem Macho lawo dan yang susah nak sebut semua. Kita meng'RAKSAKSA'kan lagi pengakap di stadium.... MERDEKA!!!

TEPUK-TEPUK PENGAKAP!!!

Wednesday, March 25, 2009

Sekian Lama

Puffffssssss....

Isk isk isk, dah berhabuk dah laman ni,

Minta maaf kawan-kawan, bukan kami terlalu sebuk dengan tugas masing masing, tetapi rasa malas di hati hingga melupakan laman untuk kita berinteraksi.
Maaf dan maaf, memang tiada alasan lain lagi. Harap kamu semua mengerti dan memahami :)

Tetapi. Perjalanan pengakap kami tidak terhenti. Dan kami masih rajin rajin kan diri menghambakan diri kepada Bear-Rover ini...

Yang telah kami lakukan dalam tempoh pertapaan ini.
Kursus Ketua Patrol yang berlangsung di SMK Seri Saujana.
Perjalanan kursus berlangsung dengan jayanya.
Kami berjaya menewaskan adik-adik dari 3 buah sekolah yang bergabung dengan jurus-jurus pawana bayang yang pertama. Namun kami masih perlukan bantuan daripada kelana Intan yang asalnya dari titiwangsa. Dengan itu secara rasminya program itu berlangsung dengan jayanya!!

Dan baru-baru ini, kami ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kepada adik-adik kami di ILP singkatan kepada Institut Latihan Perindustrian di Jalan kuchai lama. Namun kehadiran bear tidak boleh dibanggakan. Dan kami berasa perlu untuk kami mengucapkan ribuan, eh bukan... Jutaan, eh tak boleh jugak... Terima kasih yang tidak terkira banyaknya kepada sahabat kami daripada Kelana Intan titiwangsa.

Apa yang kami lakukan di ILP ialah Kursus Induksi Manik kayu. Segalanya berjalan lancar, dan kedinginan bilik sidang itu tidak dapat memadamkan kehangatan suasana kursus tersebut.

Pengakap, terus berpengakap.
Mungkin selepas ini, Ari Honey Bear akan menceritakan pengalaman beliau selama beliau mengenali pengakap.
Salam pengakap,

Sunday, February 22, 2009

Selamat Hari Pengasas

Seperti yang sedia maklum,
22 februari 1857 adalah tarikh kelahiran Lord Robert Stephenson Smyth Baden-Powell.

Siapa tak kenal Beliau,
Penulis buku Scouting For Boys,
Macam-macam dah beliau lakukan,
Dan cara beliau masih releven untuk digunakan pada zaman ini.
Istilah-istilah beliau masih lagi dipakai.
Dan diturunkan dari generasi ke generasi.
Dan seluruh dunia turut menerima.

Hari ini, Hari yang bersejarah.
Hari kelahiran beliau.
Selamat Hari Pengasas untuk semua, Moga kita dapat turunkan ilmu yang telah diturunkan :)

Friday, February 13, 2009

Kenduri 'M' 'K' 'WP'

Kami Sokong!!!

Hanya jika makanan yang dihidangkan itu lumayan ;0|

Kami bangkang!!!

Meja-meja pasti terbalik

Friday, January 30, 2009

Pengakap Kelana Kini- Sebuah pandangan peribadi

Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai perbezaan Pengakap Kelana dulu dan juga Pengakap kini..

urmm... bg pendapat saya, pengakap kelana sekarang sudah tidak mahu lagi terlalu terikat dengan motto BERKHIDMAT itu kerana jika terlalu mengikut itu, kita akan trus menjadi pengakap orang kawin dan jenis2 perkhidmatan lain yang menggembirakan semua pihak lain...(cth; membantu hari sukan, sukarelawan program2 dan lain2)

Kebanyakan pengakap kelana skang adalah lepasan institusi pengajian tinggi dan sudah mempunyai pemikiran sendiri. Kami sudah mahu membuat aktiviti yang dapat menggembirakan hati kami sendiri..bukan mahu lupa undang2 pengakap tp kami tidak rase ade undang2 pengakap yg dilanggar jika kami merubah sedikit pemikiran kami. dan jika menjadi pengakap kelana ini tidak seronok,bagaimana orang muda akan terbuka hati untuk meyertai PENGAKAP-SEBUAH PERSATUAN SUKARELA. bukan?

Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang DC yg tidak pernah meghalang aktiviti2 kami ..dan amat memahami.. Love U Papa Bear...hik2..

Pengakap di peringkat atasan juga harus faham yg kami adalah remaja.. tidak kira mcm mane baik pun remaja ini ,kalo tidak kene gayanye..pasti akan memberontak.. sebab ape? sebab kami remaja biasa..

Ini adalah pendangan peribadi saya... sila comment.