Wednesday, March 25, 2009

Sekian Lama

Puffffssssss....

Isk isk isk, dah berhabuk dah laman ni,

Minta maaf kawan-kawan, bukan kami terlalu sebuk dengan tugas masing masing, tetapi rasa malas di hati hingga melupakan laman untuk kita berinteraksi.
Maaf dan maaf, memang tiada alasan lain lagi. Harap kamu semua mengerti dan memahami :)

Tetapi. Perjalanan pengakap kami tidak terhenti. Dan kami masih rajin rajin kan diri menghambakan diri kepada Bear-Rover ini...

Yang telah kami lakukan dalam tempoh pertapaan ini.
Kursus Ketua Patrol yang berlangsung di SMK Seri Saujana.
Perjalanan kursus berlangsung dengan jayanya.
Kami berjaya menewaskan adik-adik dari 3 buah sekolah yang bergabung dengan jurus-jurus pawana bayang yang pertama. Namun kami masih perlukan bantuan daripada kelana Intan yang asalnya dari titiwangsa. Dengan itu secara rasminya program itu berlangsung dengan jayanya!!

Dan baru-baru ini, kami ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kepada adik-adik kami di ILP singkatan kepada Institut Latihan Perindustrian di Jalan kuchai lama. Namun kehadiran bear tidak boleh dibanggakan. Dan kami berasa perlu untuk kami mengucapkan ribuan, eh bukan... Jutaan, eh tak boleh jugak... Terima kasih yang tidak terkira banyaknya kepada sahabat kami daripada Kelana Intan titiwangsa.

Apa yang kami lakukan di ILP ialah Kursus Induksi Manik kayu. Segalanya berjalan lancar, dan kedinginan bilik sidang itu tidak dapat memadamkan kehangatan suasana kursus tersebut.

Pengakap, terus berpengakap.
Mungkin selepas ini, Ari Honey Bear akan menceritakan pengalaman beliau selama beliau mengenali pengakap.
Salam pengakap,